Awan Biru

Saya sukakan cabaran dan bencikan kelemahan!

Mulakan harimu dengan Bismillah

Mulakan harimu dengan Bismillah

Cara-cara Memohon Online Kemasukan Ke IPTA Sesi 2014/2015

Assalamualaikum, Salam 1MALAYSIA kepada semua pembaca-pembaca dan bekas-bekas pelajar SPM bagi tahun 2013. Kali ini, inginlah saya menunjukkan sedikit cara-cara bagaimana untuk kita memohon Online Kemasukan Ke IPTA bagi Sesi 2014/2015 ini. Selepas lama kita bercuti panjang, jadi telah tibalah masanya untuk kita menyusun langkah yang pertama sebelum ke alam Universiti, Politeknik mahupun bidang-bidang lain. Untuk pengetahuan anda semua, result SPM bagi tahun 2013 juga akan diumumkan pada tarikh 20 atau 21/03/2014 ini. Jadi memperbanyakkanlah berdoa dan bertawakal kepada ALLAH agar result yang keluar nanti mampu memberi kepuasan atas usaha kita selama ini, INSYALLAH.


Sebelum Membuat Pemohonan
Sebelum memohon ke IPTA ataupun lebih dikenali sebagai pemohonan UPU ini, kita perlulah merancang atau memikirkan kos yang sesuai dengan kelayakan kita. Bagi merujuk kelayakan kita, bolehlah cuba ke Portal Pengambilan Pelajar UITM. Di sini, anda bolehlah menyemak kelayakan anda untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti yang anda minati. Di sini, hanya contoh untuk portal UITM sahaja :

http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan.cfm


Langkah-langkah ke Portal Pengambilan Pelajar UITM


 Setelah memasuki portal ini, anda dikehendaki untuk:
  • Mengisi MyKad No. anda,
  • Mengisi Nama anda,
  • Mengisi eMail anda,
  • Mengisi No. Telefon anda dan
  • Klik pada kelayakan anda, iaitu SPM.
Lepas mengisi semua maklumat tersebut, anda boleh semak kelayakan korang ke pelbagai kos yang sampai korang pun akan rambang mata, tak percaya, tengoklah nanti. Hehee
 



















 Apa lagi yang menarik?


Jom Ke Laman Web UPU
Ahaa, lepas selesai menyemak kelayakan korang, sekarang bolehlah kita terus ke Laman Web UPU di mana ia memerlukan kita untuk memilih segala maklumat yang diperlukan. Jadi apa lagi tunggu, Jom!! :)

Anda boleh pergi terus ke portal rasmi UPU di http://upu.moe.gov.my/web/ 
atau 
saya labih shorkan untuk terus ke http://upu.moe.gov.my/ kerana ia lebih mudah bagi saya.

















Seterusnya ==>
















Seterusnya ==>
















Seterusnya ==>


















Seterusnya, anda hanya perlu mengikut sahaja arahan yang diberikan sehingga pemohonan anda telah sah diterima dan anda hanya mempunyai 3 kali sahaja bagi kemaskini maklumat anda. Seterusnya dari saya, semoga anda dapat memilih kos yang anda minati dan berjaya mencapai apa yang dicita, INSYALLAH. :)

0 comments:

Post a Comment