Assalamualaikum, Salam 1MALAYSIA kepada semua pembaca-pembaca dan bekas-bekas pelajar SPM bagi tahun 2013. Kali ini, inginlah saya menunjukkan sedikit cara-cara bagaimana untuk kita memohon Online Kemasukan Ke IPTA bagi Sesi 2014/2015 ini. Selepas lama kita bercuti panjang, jadi telah tibalah masanya untuk kita menyusun langkah yang pertama sebelum ke alam Universiti, Politeknik mahupun bidang-bidang lain. Untuk pengetahuan anda semua, result SPM bagi tahun 2013 juga akan diumumkan pada tarikh 20 atau 21/03/2014 ini. Jadi memperbanyakkanlah berdoa dan bertawakal kepada ALLAH agar result yang keluar nanti mampu memberi kepuasan atas usaha kita selama ini, INSYALLAH.
Sebelum Membuat Pemohonan
Sebelum memohon ke IPTA ataupun lebih dikenali sebagai pemohonan UPU ini, kita perlulah merancang atau memikirkan kos yang sesuai dengan kelayakan kita. Bagi merujuk kelayakan kita, bolehlah cuba ke Portal Pengambilan Pelajar UITM. Di sini, anda bolehlah menyemak kelayakan anda untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti yang anda minati. Di sini, hanya contoh untuk portal UITM sahaja :
http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan.cfm
Langkah-langkah ke Portal Pengambilan Pelajar UITM
Setelah memasuki portal ini, anda dikehendaki untuk:
- Mengisi MyKad No. anda,
- Mengisi Nama anda,
- Mengisi eMail anda,
- Mengisi No. Telefon anda dan
- Klik pada kelayakan anda, iaitu SPM.
Lepas mengisi semua maklumat tersebut, anda boleh semak kelayakan korang ke pelbagai kos yang sampai korang pun akan rambang mata, tak percaya, tengoklah nanti. Hehee
Apa lagi yang menarik?