Awan Biru

Saya sukakan cabaran dan bencikan kelemahan!

Mulakan harimu dengan Bismillah

Mulakan harimu dengan Bismillah

Cara-cara Memohon Online Kemasukan Ke IPTA Sesi 2014/2015

Assalamualaikum, Salam 1MALAYSIA kepada semua pembaca-pembaca dan bekas-bekas pelajar SPM bagi tahun 2013. Kali ini, inginlah saya menunjukkan sedikit cara-cara bagaimana untuk kita memohon Online Kemasukan Ke IPTA bagi Sesi 2014/2015 ini. Selepas lama kita bercuti panjang, jadi telah tibalah masanya untuk kita menyusun langkah yang pertama sebelum ke alam Universiti, Politeknik mahupun bidang-bidang lain. Untuk pengetahuan anda semua, result SPM bagi tahun 2013 juga akan diumumkan pada tarikh 20 atau 21/03/2014 ini. Jadi memperbanyakkanlah berdoa dan bertawakal kepada ALLAH agar result yang keluar nanti mampu memberi kepuasan atas usaha kita selama ini, INSYALLAH.


Sebelum Membuat Pemohonan
Sebelum memohon ke IPTA ataupun lebih dikenali sebagai pemohonan UPU ini, kita perlulah merancang atau memikirkan kos yang sesuai dengan kelayakan kita. Bagi merujuk kelayakan kita, bolehlah cuba ke Portal Pengambilan Pelajar UITM. Di sini, anda bolehlah menyemak kelayakan anda untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti yang anda minati. Di sini, hanya contoh untuk portal UITM sahaja :

http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan.cfm


Langkah-langkah ke Portal Pengambilan Pelajar UITM


 Setelah memasuki portal ini, anda dikehendaki untuk:
  • Mengisi MyKad No. anda,
  • Mengisi Nama anda,
  • Mengisi eMail anda,
  • Mengisi No. Telefon anda dan
  • Klik pada kelayakan anda, iaitu SPM.
Lepas mengisi semua maklumat tersebut, anda boleh semak kelayakan korang ke pelbagai kos yang sampai korang pun akan rambang mata, tak percaya, tengoklah nanti. Hehee
 



















 Apa lagi yang menarik?

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA SESI 2014/2015

Merujuk kepada pengumuman daripada Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (UPU), 




sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan ke IPTA bagi sesi akademik 2014/ 2015 akan dibuka mulai 20 Januari 2014 jam 1200 tengahari. Sistem Permohonan ini akan dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma atau setaraf.


  • Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA bagi calon lepasan SPM akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.
  • Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA bagi calon lepasan STPM akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.
  • Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke ILKA bagi calon lepasan SPM akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.


Panduan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2014/2015

Pemohon boleh layari http://upu.mohe.gov.my/ atau http://upu.moe.gov.my/web/ untuk keterangan lanjut

Untuk pemohon yang sedia maklum, pemohon hendaklah terlebih dahulu perlu membeli no pin unik ID di Bank BSN yang berdekatan sebelum boleh mengakses borang.



Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Tinggi, KPM akan terus menggunakan kaedah Aplikasi Dalam Talian bagi permohonan kemasukan ke IPTA Program Pengajian Ijazah Pertama. Justeru pemohon lepasan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf perlu mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian sahaja. 

Aplikasi Dalam Talian ini hanya boleh diakses dengan Nombor Unik ID, dan pihak sekolah diminta menasihati pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 6 Atas dan STAM 2013 yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA, Politeknik Konversional/METrO dan ILKA bagi Sesi Akademik 2014/2015 agar berurusan terus dengan kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi mendapatkan Nombor Unit ID mulai 20 Januari 2014. Tiada pembelian pukal nombor Unit ID diamalkan bagi Sesi Akademik 2014/2015


PANDUAN PERMOHONAN KE IPTA BOLEH KLIK LINK INI - e-panduan

PANDUAN PERMOHONAN KE ILKA BOLEH KLIK LINK INI - e-panduan


Apa lagi yang menarik?

Zaman Persekolahan




Assalamualaikum sahabat semua. Maaflah sebab sudah lama tak update blok Awan Biru ni. Bukan sudah lama, tapi memang aku tak pernah buat apa-apa update,hehe. Jangan marah ya, senyum sikit boleh? Ok, apa-apapun bersempena tahun baru ini, aku akan berazam untuk belajar bermanja-manja dengan blok Awan Biru ini, Insyallah. Aha, cerita tentang belajar ini, bolehlah kita kaitkan dengan zaman persekolahan. Korang pernah ke zaman persekolahan tidak? Mesti pernahkan. Sebanarnya, kalau korang semua tahu, zaman persekolahan adalah zaman yang paling gempak dan seronok. Jadi jangan belagaklah bila korang boleh cakap, ‘Ehh, sekolah tu apa?? Siapa yang nak duduk dekat sekolah tu?? Semuanya poyo,hahaa. Sebab aku pasti, selepas sebulan atau tidak sampai tiga minggupun, korang pasti akan rindukan sekolah. Aha, tapi bukan rindukan buat kerja-kerja sekolah, buat ujian mahupun dengar cikgu membebel. Tetapi rindukan suasana apabila dapat bersama kawan-kawan jew, hahaa. Aha, so siapa yang cakap rindu nak buat kerja sekolah semua itu turut akan digelar POYO!!! Jadi jujurlah dengan diri anda ok. “Tepuk dada, tanyalah selera” bak kata petitih melayu.HAHAaa.....

 
Aha dari kiri yang pakai songkok tu aku, ke kanan Syafaat, bawak ke kanan Fais, membawak ke kecik tu Faizzam, ke belakang Izwan dan paling hujung tu Izzul Hamizan. Ahaa, jangan main-main, aku pengawas dulu,hahaa




Hafizal sekolah di mana? 

Berat soalan itu sebab aku tak pernah sekolah :p. Eh? Percaya ke? Jangan percaya jawapan itu, auta jew lebih, hahaa. Ayah aku seorang bekas tentera, jadi apabila telah menjadi anak kepada seorang tentera, sudah tentulah kita akan selalu berpindah-pindah dari sebuah negeri ke sebuah negeri. So, hendak dipendekkan cerita, aku telah bersekolah di banyak buah sekolah. Semasa darjah satu, aku bersekolah di Sekolah Rendah Kluang Barat Johor dan telah berpindah ke Sabah. Di Sabah, aku bersekolah di Sekolah Rendah Pengalat Besar Papar sehingga darjah lima. Aha, di Sabah berlainan sikit. Nak tahu apa yang lain itu? Aha, cubalah sendiri sekolah dekat sana,heehe. Tidaklah lain manapun, tetapi suasananya berbeza dengan semenanjung. Ehh, tapi aku bukan sekolah yang kena naik sampan semua itu, jangan salah anggap pulak sebab tempat aku bandar sikit, cewahhh!! hahaa. Sambung cerita tadi, selepas bersekolah di Sabah, aku dan keluarga berpindah ke Sungai Buloh Selangor dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. Sehinggalah di tingkatan dua, aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih Gemas Negeri Sembilan iaitu di kampung halaman aku. Aha, kat sini special sikit, sebab kat sini la aku jumpe mate air,hahaa, dan kat sini jugalah tempat aku berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir, cewahhh!! Psst, sorry kalau aku poyo sebab memangpun, hahaa

Antara memori di Sabah... Pssttt: pic aku takde dalam nie ok!!!
Ahaa, ROCK an an an kami.. Ini masa aku di selangor. Pstt: otw g jaming,huhuu
Jadi, itu sahajalah sekolah-sekolah yang telah aku cemarkan dan aku rosakkan, hahaa…. Kau ada? Heehe…..























Jadi kesimpulannya, zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah sebenarnya di dalam diri setiap individu. Kalau hendak diceritakan memang tidak akan pernah habis. Tahu apa sebabnya? Sebab setiap orang ada cerita masing-masing. Jadi inilah cerita aku dan zaman persekolahan akan menjadi satu memori yang tidak akan aku lupakan. INSYALLAH :)






PERINGATAN!!! 


Sebelum itu, jika korang cakap korang tak pernah kena denda, POYO jew lah,hahaa :p



Kunci kecemerlangan!! "Kalau anda mahu cemerlang, anda mesti sanggup bertembung dengan banyak halangan. Halangan adalah MINDA anda sendiri yang hanya sukakan sesuatu yang selesa dan mudah" ( Dipetik dari Inamori Kazuo )










JALAN!!! Ada pelbagai jenis jalan. Jalan berselekoh, jalan berbukit, jalan sempit, jalan lurus, dan banyak lagi. Tetapi semuanya terserah kepada kita untuk memilih jalan yang terbaik bagi kita. Jadi selamat melalui kehidupan di luar yang penuh dengan cabaran dan rintangan :)