Awan Biru

Saya sukakan cabaran dan bencikan kelemahan!

Mulakan harimu dengan Bismillah

Mulakan harimu dengan Bismillah

Layan Badminton

 Assalamualaikum, selamat pagi, selamat petang, selamat malam dan selamat sejahtera semua. Aha, selepas seharian penat bersekolah mahupun bekerja baiklah kita mencari sedikit masa untuk beriadah. Ahaa, barulah boleh sihat tubuh badan an an an :) jadi macam aku, aku lebih suka memilih permainan yang memerlukan banyak pergerakan seperti badminton laa, dah tajukpun layan badminton an an...hehee. Oleh itu, marilah kita lihat sedikit sejarah mengenai sukan badminton ini :

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Amacam? sudah tahu sukan badminton itu macam mana? Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai sukan ini boleh lihat terus di http://ms.wikipedia.org/wiki/Badminton.

"Macam susah jew nak main badminton".
Sukan badminton ini sebenarnya tidaklah begitu rumit, kerana ianya sesuai untuk setiap peringkat umur. Jadi tidak salahlah sekiranya kita hendak bermain bersama-sama keluarga, rakan-rakan mahupun masyarakat kerana ianya sekaligus mampu merapatkan hubungan silaturahim. Jadi bagi aku, rugilah kalau korang tidak mencubanya an an :) ahaa, cuba tengok abang stick kite main badminton dekat sebelah tu, macam best jew, macam senang jew an an an....hahaa

Di mana sukan ini boleh dimainkan?
Korang semua tidak perlulah risau, seperti yang telah diterangkan di atas tadi, sukan badminton ini memerlukan sebuah gelanggang empat segi dan dibahagikan oleh jaring. Secara khususnya sukan badminton ini hanya sesuai dimainkan di dalam dewan tertutup yang telah menyediakan gelangang tersebut. Tetapi, ia juga boleh dimainkan di kawasan terbuka mahupun kawasan lapang. Oleh itu, tidak menjadi masalah bagi kita untuk bermain di kawasan rumah sekiranya mempunyai kawasan lapang dan luas. Sebagai contoh, bolehlah lihat gambar-gambar yang telah aku sediakan di bawah itu nanti ye.

Tapi..... Pada waktu bila pulak sesuai nak main badminton?
Sukan badminton ini tidaklah ditentukan atau disyaratkan bila masa yang sesuai untuk kita bermain kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, pagi, tengahari, petang, mahupun malam. Tetapi, jika anda seorang pelajar sekolah, eloklah dilakukan pada hari minggu. Jika mahu bermain pada hari sekolah juga tidak menjadi masalah, tetapi perlulah bermain pada waktu petang dan hanya sekadar bermain secara relex kerana tidak mahu pula nanti, berasa keletihan dan homeworkpun tak siap, ahaa, tidak cool la macam tu an an. Jadi korang semua perlulah bijak untuk mencari masa yang sesuai untuk beriadah. Cuba tengok kakak tu, relex jew dia timbang bulu tangkis. Macam cool jew, macam cool jew :p


Sebagai kesimpulannya, tidak rugi sebenarnya kalau kita mencuri sedikit masa untuk beriadah bersama keluarga, rakan-rakan dan masyarakat selepas seharian penat bersekolah mahupun bekerja. Bagi aku, bersukan ini bukan sahaja mampu menjadikan badan kita sihat, tetapi juga mampu mengelakkan kita dari melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat. Jadi, marilah kita bersama-sama menjadikan rakyat Malaysia sihat kerana Badan Cergas, Otak Cerdas. Yeahhhh!!!


 Antara aktiviti kami semasa hujung minggu


 

0 comments:

Post a Comment